fbpx

Pearly enggan tunggu lagi dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY berharap dia dan Thinaah mampu menjuarai Terbuka Arctic yang membuka tirainya hari ini.

SELEPAS muncul juara kali pertama dalam tempoh dua tahun ketika memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong bulan lalu, pemain beregu wanita negara, Pearly Tan enggan lagi menanti terlalu lama untuk merangkul kejuaraan.

Sebaliknya, dia bersama gandingannya, M. Thinaah mahu mengekalkan rentak kemenangan ketika mereka sedang bersedia untuk menghadapi Terbuka Arctic di Vantaa, Finland yang membuka tirainya hari ini.

Pearly berkata, mereka tidak sanggup lagi menunggu selama dua tahun untuk meraih kejuaraan seterusnya, namun pada masa sama, dia enggan meletakkan tekanan terlalu tinggi terhadap diri sendiri.

“Kami sangat gembira dengan gelaran (Terbuka Hong Kong) kerana beberapa aksi final sebelum ini, kami hanya menjadi naib juara. Harap selepas ini tidak berlaku lagi (naib juara) kerana kami kami mahu jadi juara.

“Sudah tentu tidak mahu tunggu lagi dua tahun untuk dapatkan kejuaraan tetapi kami juga enggan letak tekanan kepada diri sendiri. Macam saya cakap, kami hanya mahu menikmati perlawanan seperti sekarang,” katanya.

Sebagai rekod, Terbuka Hong Kong merupakan gelaran pertama diraih beregu No. 7 dunia itu dalam tempoh hampir dua tahun selepas kali terakhir menjadi juara ketika memenangi Terbuka Perancis pada Oktober 2022.

Dalam pada itu, Pearly juga berharap mereka dapat mengekalkan kedudukan dalam kelompok lapan teratas ranking Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) bagi membolehkan mereka layak ke Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China pada Disember nanti.

“Selepas Olimpik (Paris) berakhir, memang (sasaran) nak menyertai Jelajah Dunia Akhir, sebab itu kami tidak berhenti menyertai kejohanan. Saya harap ia berjalan lancar dan kami boleh layak ke kejohanan tersebut,” ujarnya.

Pearly-Thinaah berada pada landasan terbaik untuk mara ke kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$2.5 juta (RM10.41 juta) itu apabila menghuni ranking kelima saingan Jelajah Dunia BWF.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI