fbpx

PDRM letak pegawai narkotik di 13 daerah di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan ketika bercakap pada penutupan Forum Khas Narkotik anjuran bersama JSJN dan OSC bagi menangani isu dadah dan substans di Sarawak, di sebuah hotel terkemuka di Kuching hari ini.

KUCHING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di 13 daerah di Sarawak bagi menangani isu dadah di semua kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daerah-daerah itu ialah Lundu, Belaga, Marudi, Matu Daro, Maradong, Simujan, Julau, Lubok Antu, Kanowit, Saratok, Tatau, Dalat dan Song.

“Sebelum ini, semua daerah tersebut memang tidak ada struktur atau bahagian narkotik.

“Dengan adanya bahagian itu, ia akan memperkemaskan lagi struktur perkhidmatan kami di Sarawak,” katanya pada sidang akhbar sempena Forum Khas Narkotik anjuran bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan One Stop Committee (OSC) bagi menangani isu dadah dan substans di Sarawak, di sini hari ini.

Selain itu, Ayob berkata PDRM juga akan menubuhkan pejabat Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) di Tebedu, yang dikendalikan oleh Bahagian Antarabangsa Narkotik Bukit Aman.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI