fbpx

[VIDEO] Orang kata saya gila, saya akan beli TRX – Andika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andika.

PETALING JAYA – Selepas kontroversi rumah tangganya reda, pempengaruh, Andika Putera sekali lagi menjadi tumpuan apabila menyatakan hasrat untuk membeli bangunan pencakar langit Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur.

Menerusi sebuah podcast oleh YouCast di YouTube, Andika yang juga dikenali sebagai usahawan muda, memberitahu pengikutnya bahawa impian itu bukanlah sekadar angan-angan tetapi suatu perancangan yang sedang diusahakan.

“Ini memang impian saya untuk membeli bangunan TRX. Saya akan beli. Insya-Allah. Orang kata saya gila, pergi mampus lah. Tiada masalah untuk mempunyai impian gila,” tegasnya.

Tambahnya, pada usia 22 tahun, dia sudah mengajar mereka yang berusia 40 tahun ke atas tentang cara menjalankan perniagaan.

“Tiada siapa percaya saya ketika itu,” katanya yang menekankan cabaran dihadapinya pada awal perjalanan dalam dunia keusahawanan.

Perkara tersebut telah meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata meragui dengan kenyataan pempengaruh tersebut.

“Engkau lah. Bil api dengan sewa rumah pun bahagi dua dengan bekas isteri, lagi nak beli bangunan TRX, tidak mengapa angan-angan itu percuma,” tulis Naaisyah.

“Bangunan TRX ke unit dalam TRX? Dika, kau nak berangan biar realistik sikit,” kata Chuya.

“Sampai terkedu pengacara dia bila Dika cakap nak beli bangunan TRX,” komen Tulip.

“Dia ingat ni jutaria kot,” ujar Purpleone. – KOSMO! ONLINE

@youcastclips♬ original sound – youcastclips

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI