fbpx

Orang Asli kritikal demam panas naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung Maimun yang kritikal akibat demam semasa tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Seorang wanita Orang Asli dari Pos Balar di sini yang kritikal akibat demam panas dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Gua Musang dengan menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam.

Penolong Penguasa Bomba Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor, Amir Fitri Salim berkata, pesakit dan pengiring dibawa menggunakan helikopter Agusta 109 E (A109E) untuk penerbangan pemindahan perubatan (Medevac).

Katanya, pesakit, Maimun Abus, 25, sudah lima hari sakit dan tidak boleh berjalan serta mengalami muntah selama tiga hari berturut-turut.

“Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang pada pukul 2.40 petang dan tiba di Pos Balar kira-kira pukul 4 petang.

“Pesakit yang tiada selera makan dan minum diusung ke pesawat dengan bantuan penduduk kampung. Wanita itu kemudian dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans semasa tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Amir Fitri memberitahu, operasi Medevac diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Faizal Abd. Latiff dibantu olehnya dan seorang lagi anggota bomba.

“Pesawat tiba di Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang kira-kira pukul 6.25 petang selepas pengisian bahan api di Balai Bomba Penyelamat Gua Musang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI