fbpx

Netizen geram konvoi ‘supercar’ halang laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konvoi kereta mewah itu turut diiringi oleh polis yang menghalang pemandu lain daripada memintas mereka. - Khaosod

BANGKOK – Sebuah konvoi supercar mencetuskan kesesakan teruk di sebuah lebuh raya di Thailand dan menyebabkan kelewatan perjalanan kepada pengguna lalu lintas, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Kejadian di Lebuhraya M6 pada Sabtu lalu itu berlaku pada laluan di antara Bang Pa-in ke Nakhon Ratchasima, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.

Berdasarkan sebuah rakaman video, konvoi kereta mewah itu turut diiringi oleh polis yang menghalang pemandu lain daripada memintas mereka.

Perakam video turut memandu pada kelajuan 60 kilometer sejam ketika itu, menunjukkan bahawa konvoi supercar tersebut bergerak pada kelajuan yang sangat perlahan.

“Pembayar cukai seperti kami mahu membuat aduan. Mengapa kereta mewah dibenarkan membuat aktiviti tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu? Pengguna jalan rasa berasa tidak selesa,” kata keterangan video tersebut.

“Mengapa kita mesti memandu dan mencipta masalah sedemikian? Setiap orang ada urusan masing-masing untuk diuruskan. Kami mahu semua orang membantu menyuarakan perkara ini,” tambah hantaran tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ada yang membuat spekulasi bahawa konvoi itu adalah sebahagian daripada penggambaran filem atau acara promosi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI