fbpx

Nama Fattah, pemilik Honda SM4 dapat diskaun 50 peratus ‘tinted’ kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah syarikat aksesori kenderaan menawarkan diskaun 50 peratus pemasangan 'tinted' kenderaan kepada pemilik nama Fattah dan pengguna Honda SM4.

PETALING JAYA – Sebuah syarikat perkhidmatan aksesori kenderaan mengambil kesempatan menawarkan diskaun 50 peratus bagi memasang cermin gelap (tinted) kepada pemilik kenderaan bernama Fattah, selain mereka yang menggunakan kereta jenis Honda Accord SM4.

Tawaran itu dimuat naik pada Facebook syarikat itu yang terletak di Jalan Reko, Kajang, Selangor.

“Customer (pelanggan) nama Fattah dan juga siapa pengguna Honda SM4, kami nak bagi less tinted 50 peratus untuk bulan Oktober ini. Tag diorang ya,” katanya pada hantaran tersebut.

Hantaran itu menarik minat orang ramai, malah ada yang memberi komen sambil berjenaka semata-mata mahu mendapatkan diskaun tersebut, manakala pihak syarikat itu turut memberi maklum balas secara berseloroh.

“Kalau bakal tukar nama kepada Fattah boleh juga tak?,” tanya seorang pengguna Facebook yang kemudian dijawab pihak syarikat iaitu lelaki tersebut perlu mengemukakan resit Jabatan Pendaftaran Negara sebagai bukti menukar nama.

“Nama saya bukan Fattah, tapi ramai orang kata Fattah Amin iras saya,” komen pengguna lain dan pihak syarikat itu meminta lelaki tersebut menghantar gambar ‘selfie’ untuk pengesahan.

Selain itu ada yang menghantar komen lawak sama ada nama Ikhwan juga boleh menikmati diskaun tersebut, namun pihak syarikat itu memaklumkan ia berkait dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Abuya, PBT dan Yang Teliti sekali gus tidak diterima.

Semalam Kosmo! melaporkan, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular pelakon Fattah Amin dan isterinya Fazura akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, melafazkan cerai talak satu pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Selain laporan perceraian Fattah dan Fazura, isu lain yang tular di media sosial ketika ini adalah berkaitan Honda Accord SM4.

Kosmo! melaporkan, acara tahunan gah dikenali ‘Honda Day’ yang dilangsungkan Sabtu lalu mendapat kecaman apabila hadiah utama penganjuran tersebut adalah kereta Honda Accord SM4 dikeluarkan pada tahun 1991 berharga RM3,500.

Bagaimanapun, penganjur telah menggantikan hadiah tersebut iaitu sebuah kereta BMW F30 kepada pemenang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI