fbpx

MBSB Bank perkenal kadar kompetitif untuk individu, PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen terbaharu MBSB Bank menunjukkan komitmen bank untuk memberi nilai terbaik kepada pelanggan individu dan juga PKS.

PETALING JAYA – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) mengumumkan kempen terbaharunya yang ­menyediakan kadar keuntungan kompetitif untuk kedua-dua segmen pelanggan individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bagi pelanggan individu, Tiered Savings Account-i (Peak Saver) menawarkan kadar keuntungan sebanyak 0.5 peratus setahun untuk baki sehingga RM10,000 dan 2.8 peratus setahun untuk baki melebihi RM10,000.

Kempen tersebut yang tersedia dari 1 April 2024 hingga 31 Mac 2025 itu, direka untuk memanfaatkan kedua-dua penyimpan kecil dan penyimpan yang lebih besar dengan menawarkan fleksibiliti sambil memaksimumkan keuntungan.

MBSB Bank dalam satu ­kenyataan berkata, akaun Term Deposit-i pula sesuai untuk mereka yang mencari pelaburan selamat jangka pendek hingga sederhana dengan menawarkan kadar 3.7 peratus setahun untuk tempoh enam bulan dan empat peratus setahun untuk tempoh 12 bulan, antara yang tertinggi di pasaran.

Jelasnya, ia memerlukan deposit minimum RM10,000 dan bermula dari 2 September hingga 31 Disember 2024.

“Bagi pelanggan PKS, MBSB Bank memperkenalkan Akaun Prime Business (akaun semasa), dengan struktur keuntungan berperingkat.

“Akaun ini menawarkan 1.8 peratus setahun untuk baki di bawah RM50,000, 2.5 peratus setahun untuk baki melebihi RM50,000 dan 2.8 peratus setahun untuk baki melebihi RM500,001.

“Tersedia dari 26 Ogos hingga 26 Ogos 2025, produk ini membantu pemilik perniagaan menguruskan aliran tunai dengan cekap sambil menjana pulangan menguntungkan,” katanya.

Selain itu, akaun Prime Depo­sit-i untuk PKS pula memberikan pulangan lebih tinggi, menawarkan 3.8 peratus setahun untuk tempoh enam bulan dan empat setahun untuk tempoh 12 bulan, dengan deposit minimum RM10,000.

“Kempen ini juga berlangsung sehingga 26 Ogos 2025.

“Melalui tawaran ini, MBSB Bank mengesahkan komitmen­nya untuk mencipta nilai bagi pelanggan dengan ­menyediakan penyelesaian kewangan yang disesuaikan, inovatif serta selamat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI