fbpx

Lapangan terbang Sarawak dilengkapi mesin pengimbas kargo AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari (dua kanan) bersama-sama Fatimah (kanan), Ayob (dua kiri) ketika tiba pada penutupan Forum Khas Narkotik anjuran bersama JSJN dan OSC bagi menangani isu dadah dan substans di Sarawak, di sebuah hotel terkemuka di Kuching hari ini.

KUCHING – Semua lapangan terbang di Sarawak akan dilengkapi dengan mesin pengimbas kargo Kecerdasan Buatan (AI) bagi memerangi kegiatan sindiket penyeludupan dadah yang menjadikan negeri ini sebagai transit.

Premier Datuk Patinggi, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembelian mesin pengimbas itu dibiayai oleh Kerajaan Sarawak, sekali gus memperkasakan lagi komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam menyekat kemasukan dadah ke Sarawak.

“Kita tahu Sarawak dijadikan transit, di utara mungkin syabu datang dari Filipina kerana kita ada pintu masuk di Lawas termasuk Ba’Kelalan.

“Ini disebabkan lapangan terbang domestik kita tidak begitu lengkap, sebab itu saya mahu semua lapangan terbang kita dilengkapi dengan alat pengesan dadah yang berteknologi tinggi,” katanya selepas menyempurnakan penutupan Forum Khas Narkotik anjuran bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan One Stop Committee (OSC) bagi menangani isu dadah dan substans di Sarawak, di sebuah hotel di sini hari ini.

Selain itu, Abang Johari berkata semua Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Sarawak juga akan dinaik taraf dengan peralatan berteknologi tinggi itu, bagi mengekang penyeludupan dadah menerusi pintu sempadan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, PDRM juga telah menggunakan bantuan dana daripada Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.7 juta untuk membeli Pengesan Dadah Visual Segera (IVDD) dan ‘Hand Held Back Scatter’, bagi melengkapkan lagi peralatan mengesan dadah di Sarawak.

“Ini kali pertama kita letakkan ‘back scatter’ di Sarawak, sebelum ini hanya ada di Semenanjung…ia sebuah kenderaan yang boleh mengesan dadah yang dibawa oleh kenderaan lain,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI