fbpx

Jangan usik rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Rakan Agensi NADMA di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan kepada seluruh pimpinan dan ahli parti agar tidak mengusik rakan-rakan dalam komponen parti Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, seruan itu juga bagi mengekalkan keadaan dan situasi perpaduan dalam kerajaan ketika ini dan apa sahaja kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan parti juga adalah bersifat peribadi.

“Kenyataan Nur Jazlan atau kenyataan Dr. Akmal, itu adalah kenyataan-kenyataan peribadi. Selagi Presiden parti atau ketua parti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kenyataan-kenyataan itu adalah berbentuk peribadi.

“(Jadi) tidak perlu minta maaf. Jangan usik rakan-rakan komponen di dalam parti Kerajaan Perpaduan, kita harus menghormati di antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meminta Pakatan Harapan (PH) memohon maaf secara terbuka kepada UMNO atas serangan selama berdekad terhadap parti itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI