fbpx

Isu parkir HRPB: Tetap saman jika halang laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelawat tidak dibenarkan meletakkan kenderaan jika menghalang laluan di Jalan Raja Ashman Shah dekat HRPB di Ipoh hari ini. Foto LIYANA RAMLI/ KOSMO!

IPOH – Pihak polis tetap akan mengeluarkan saman jika kenderaan diparkir menghalang laluan bas termasuk kenderaan lain di luar pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A. Sivanesan berkata, terdapat tiga kawasan yang tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan iaitu berhampiran perhentian bas, susur masuk dan keluar hospital dan Bulatan Sultan Iskandar.

“Lebih kurang 30 hingga 40 kenderaan yang boleh diparkir di sekitar hospital ini. Pihak polis tetap akan bertolak ansur jika kenderaan yang diparkir di jalan tersebut tidak menghalang laluan kenderaan lain,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini, jumlah keseluruhan parkir di sini adalah 1,310 dan 624 parkir daripada jumlah itu untuk kakitangan, 640 parkir untuk orang awam dan 16 parkir untuk ambulans.

Menurut Sivanesan, perancangan pembinaan parkir bertingkat masih belum boleh diteruskan kerana belum mendapat maklum balas daripada syarikat berkenaan.

“Hanya ada satu syarikat yang menghantar kertas cadangan iaitu syarikat dari China. Jika ada syarikat tempatan yang berminat untuk memberi kertas cadangan amat digalakkan. Kerajaan negeri tidak ada masalah untuk meluluskan projek berkenaan,” ujarnya.

Sivanesan berkata, orang ramai sama ada pesakit atau pelawat yang ingin ke hospital boleh meletakkan kenderaan di Velodrome Rakyat yang terletak di Kompleks Sukan Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI