fbpx

‘Ingatkan malam kereta kurang, rupanya jem juga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Ingatkan bila malam kereta kurang, rupanya jem juga” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Katanya, beliau berhadapan dengan kesesakan jalan raya sebanyak tiga kali selepas pulang daripada mesyuarat pukul 11 malam tadi.

“Masalahnya bukan di musim cuti saja. Hatta setiap hari, setiap masa, setiap malam, setiap subuh dan setiap pagi mesti sesak terutama Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

“Malam tadi balik ‘meeting’ (mesyuarat) jumpa tiga kesesakan dalam pukul 11 malam. Bukan kerana ‘accident’ (kemalangan), tetapi kerana membaiki jalan yang tidak pernah berkesudahan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mohd. Puad berkata, potong rumput dan kutip serpihan tayar pecah juga boleh menyebabkan lebuh raya jem berkilometer.

“Masalahnya sistem penutupan lorong tidak efisien. Masih cara lama. Menyakitkan hati pengguna lebuh raya yang bayar tol,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI