fbpx

Hujan, ribut petir hampir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri malam ini.

Negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 7 malam itu melibatkan seluruh daerah di Perlis dan Kuala Lumpur.

“Amaran ribut petir melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala di Perak melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Kelantan pula, amaran ribut petir melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang, manakala di Terengganu melibatkan daerah Dungun.

“Keadaan sama juga dilaporkan melanda sebahagian Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat” -katanya.

Selain itu, di Negeri Sembilan turut berdepan cuaca buruk pada malam ini di Jelebu, Seremban dan Jempol, manakala di Johor melibatkan daerah Segamat dan Mersing.

“Bagi Sarawak pula, amaran diberikan di daerah Sri Aman, Sarikei (Julau), Kapit (Song) dan Limbang (Lawas).

“Cuaca buruk juga melanda Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” -katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI