fbpx

Harimau Malaya masih ada nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. YUSOFF

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan Harimau Malaya tidak dipandang oleh negara lain hingga berdepan kesukaran untuk mendapatkan aksi persahabatan antarabangsa.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi, berkata ‘saham’ Harimau Malaya masih tinggi, namun badan induk itu terpaksa akur kerana negara lain sudah pun ada komitmen masing-masing pada jendela antarabangsa bulan ini.

“Sampaikan pasukan bawah kita pun sukar, mungkin mereka pun nak buat persediaan yang bersesuaian dengan mereka. Kita sentiasa harapkan setiap kali jendela antarabangsa kita akan dapat dua perlawanan, tetapi saya akui kita berdepan kesukaran kerana negara lain ada persiapan sendiri.

“Jadi, kepentingan pasukan mereka mungkin sebabkan kita tidak dapat adakan perlawanan, bukan mereka menolak, tetapi mereka ada komitmen lain,” katanya.

Pada jendela antarabangsa bulan ini, Harimau Malaya hanya akan menentang New Zealand yang dijadualkan di Stadium North Harbour, Isnin ini.

Selepas berjaya mendapatkan persetujuan dengan India, bulan depan, Mohd Yusoff juga menegaskan FAM kini sedang berusaha keras untuk mendapatkan satu lagi perlawanan persahabatan pada November.

“Pasukan dari benua mana tidak jadi persoalan yang penting ada pasukan yang sedia bermain. Kadang-kadang ada pasukan dari benua lain sanggup datang kalau mereka rasa ada keperluan untuk adakan persahabatan,” katanya.08

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN