fbpx

‘Hanya mereka sahaja tahu masalah dalaman rumah tangga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anzalna menitipkan pesanan buat netizen yang melampau dalam mencampuri urusan rumah tangga Nur Fazura dan bekas suami, fattah Amin.

PETALING JAYA – Pelakon Anzalna Nasir menitipkan pesanan buat netizen yang melampau dalam mencampuri urusan rumah tangga Nur Fazura dan bekas suami, Fattah Amin.

Kata Nur Anzalna Md. Nasir, 36, sebagai manusia kita hanya perlu berdoa tanpa mengambil tahu masalah rumah tangga orang lain.

“Doakan yang baik-baik untuk mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu masalah dalaman rumah tangga.

“Fokus pada kehidupan sendiri, tak perlu masuk campur.

“Hari ini, hari mereka. Esok lusa hari kita pula,” katanya menerusi Instagram.

Dalam masa sama, finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu sempat menitipkan doa kepada Fazura dan Fattah agar dapat menempuhi ujian yang datang.

“Semoga terus kuat Fazura dan Fattah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.

Semalam, perkahwinan Fazura dan Fattah yang dibina selama tujuh tahun terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI