fbpx

GISBH: Selangor tubuh pasukan khas teliti program pemulihan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti program pemulihan khusus untuk kanak-kanak yang dijumpai di rumah-rumah amal GISB Holding Sdn. Bhd. (GISBH).

Menerusi kenyataan bersama dikeluarkan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri, Dr. Mohammad Fahmi Ngah dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata, pasukan khas itu ditubuhkan berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, 2 Oktober lalu.

Katanya, ia akan dipengerusikan bersama antara Mohammad Fahmi dan Anfaal dengan mesyuarat pertama akan berlangsung pada Jumaat ini.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil serius tentang kebajikan kanak-kanak dan kelompok rentan. Pasukan ini akan memberikan tumpuan kepada kaedah-kaedah pemulihan bukan sahaja isu-isu aqidah tetapi juga kebajikan.

“Selain itu adalah isu kesihatan dan perkembangan mental-fizikal untuk memastikan kanak-kanak ini dapat dipulihkan dan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat walaupun selepas tempoh pemulihan rasmi selama enam bulan ini,” katanya hari ini.

Jelas kenyataan itu, pasukan khas tersebut akan dianggotai pada peringkat awal ini oleh wakil-wakil daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
(JPNS).

“Ia juga akan dianggotai Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pakar-pakar psikologi dan pendidikan kanak-kanak, Yayasan MBI dan Yayasan Selgate,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan proses pemulihan akidah dan sosial melibatkan 261 kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holding (GISBH) telah dimulakan sejak 1 Oktober lalu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, modul khas digunakan dalam proses pemulihan itu yang dibangunkan MAIS dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI