fbpx

Fazura feat Fattah nak ‘Bertahan Demi Cinta’, terlewat sangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA dan Fattah rupa-rupanya ada lagu baharu yang bakal dilancarkan 10 Oktober ini.

PETALING JAYA – Meskipun kes perceraian masih lagi menjadi perdebatan, bekas pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin dilaporkan bakal melancarkan lagu duet berjudul Bertahan Demi Cinta.

Perkara tersebut dimuat naik dalam Instagram syarikat rakaman Indonesia, Hits Records yang turut memaklumkan single tersebut bakal dilancarkan pada 10 Oktober ini di semua platform penstriman digital.

Difahamkan, lagu sentuhan penyanyi Ippo Hafiz itu sudah lama dihasilkan kedua-dua artis terbabit iaitu ketika mereka masih bersama.

Rata-rata netizen menganggap pelancaran lagu yang bakal dibuat kelak tidak bersesuaian dengan keadaan sekarang susulan kehancuran  rumah tangga Fazura dan Fattah.

“Lewat sangat dilancarkan, tak bertahan sudah. Doa yang baik-baik untuk dua-dua,” kata pengikut.

“Buat pengumuman pelancaran hari ini pula, memang tak kena langsung,” ujar netizen.

Semalam, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup sebagai suami kepasa Fazura.

Sebelum ini, status rumah tangga pasangan itu sering menjadi sorotan selepas timbul dakwaan keharmonian mereka diganggu orang ketiga.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI