fbpx

Fattah Amin jaga jarak, batas – Lim Mei Fen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mei Fen menyifatkan Fattah pelakon yang profesional dan menjaga batas pergaulan di set penggambaran.

PETALING JAYA – Pernah digandingkan dalam sebuah drama, aktres berbangsa Cina Lim Mei Fen memuji pelakon Fattah Amin yang disifatkan sebagai profesional di set penggambaran sebelum ini.

Mei Fen, 37, berkata, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin juga merupakan seorang lelaki yang sangat menjaga batas pergaulan dengan individu lain.

“Fattah Amin, semoga cepat sembuh ya.Dia ini kalau tiada babak, memang akan berehat dalam kereta hitam miliknya.

“Di lokasi penggambaran, dia profesional, jaga jarak dan batas.

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kamu, jaga diri,” katanya dalam aplikasi X.

Menerusi perkongsian tersebut, Mei Fen turut memuat naik foto bersama Fattah yang dipercayai dirakam Ketika mereka menjalani penggambaran bersama sebelum ini.

Sejak disahkan bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari semalam, Fattah dihujani dengan sokongan daripada orang ramai termasuk rakan selebriti.

Antara yang menitipkan kata-kata semangat ialah Pekin Ibrahim, Elyana dan juga beberapa pengamal undang-undang.

Semalam, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan terbabit sah bercerai apabila Fattah cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Sole.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan aktres berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI