fbpx

EAIC jalan siasatan dakwaan pelanggaran integriti pegawai Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) mengesahkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjalankan siasatan berkaitan dakwaan pelanggaran integriti oleh pegawai Imigresen.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya menyerahkan kepada EAIC untuk menjalankan siasatan lanjut selain bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

“Dalam hal integriti, JIM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang terbukti melakukan salah laku.

“Tindakan tegas akan diambil, tanpa mengira pangkat atau jawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius dan sentiasa komited dalam memastikan tiada pelanggaran integriti selaras dengan fokus utama.

Fokus utama itu adalah meningkatkan tatakelola, tadbir urus, disiplin dan integriti bagi memperbaiki imej serta reputasi jabatan agar kembali dihormati dan disegani.

“Orang awam dialu-alukan untuk melaporkan salah laku Pegawai Imigresen melalui talian 03-8801246 atau melalui e-mel [email protected].

“Selain itu boleh hadir ke Aras 4, Bahagian Integriti, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, sumber-sumber Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JIM, beberapa pegawai JIM sedang disiasat selepas disyaki terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ melibatkan warga asing.

Menurut sumber, siasatan dijalankan oleh EAIC.

EAIC merupakan badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan antaranya bagi menyiasat aduan salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI