fbpx

Doktor lakukan pembedahan guna PS5 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shannon Melissa Chan (kanan) menjalankan pembedahan jarak jauh dengan konsol kawalan PS5. - CU Medicine

BERN  –  Sepasukan pakar bedah di Switzerland menjadi sensasi internet apabila berjaya melakukan pembedahan endoskopik jarak jauh dengan menggunakan konsol kawalan permainan video popular, PlayStation 5 (PS5), lapor portal berita IGN semalam.

Prosedur itu dilakukan ke atas seekor babi yang berada di Hong Kong. Mereka menggunakan alat kawalan permainan PS5 DualSense dan PlayStation Move. 

Ia membolehkan pakar-pakar bedah melakukan pembedahan dengan kawalan penuh, meskipun berada pada jarak 9,304 kilometer. 

Penolong Profesor Jabatan Pembedahan CU Medicine, Shannon Melissa Chan berkata, prosedur itu bukan sahaja menawarkan latihan pembedahan jarak jauh, malah ia mampu memberi akses segera di kawasan terpencil.

“Terutamanya apabila kawasan itu kekurangan pakar bedah. Mereka boleh mengarahkan jururawat terlatih untuk membantu dalam prosedur pembedahan,” tambahnya.

Kejayaan tersebut merupakan kerjasama antara Fakulti Perubatan  Universiti China Hong Kong dan ETH Zurich.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI