fbpx

Deschamps ada sebab tak panggil Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE tidak dipilih untuk dua aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Israel dan Belgium. - AFP

PARIS – Pengurus Perancis, Didier Deschamps tidak pernah meragui komitmen Kylian Mbappe selepas penyerang itu mendapat kritikan hebat kerana bermain bersama Real Madrid dalam aksi La Liga menentang Villarreal pada Ahad lalu.

Deschamps menjelaskan, beliau langsung tidak gusar dengan penampilan Mbappe dan kekal yakin bahawa ketua pasukannya itu sentiasa ada kemahuan untuk menyarung jersi Les Bleus.

“Saya akan pastikan hubungan baik saya dengan pemain. Sudah pasti perkara paling penting buat saya adalah minat pemain terhadap panggilan kebangsaan.

“Saya tahu Mbappe tidak akan menentang (permintaan) kelab, begitu juga dengan pasukan kebangsaan. Tetapi kita juga perlu beri keistimewaan kepada minat pemain tanpa menyukarkan mereka,” katanya.

Penampilan bersama Real mencetuskan rasa kurang senang terhadap Mbappe selepas namanya tidak disenaraikan oleh Deschamps yang mahu memberikan ruang buat penyerang itu menjalani proses pemulihan dengan lebih baik.

Pendirianya Deschamps itu dibuat selepas mengambil kira pengalamannya ketika melatih kelab sekali gus begitu memahami situasi dihadapi Real ketika ini.

“Saya berada di sini bukan untuk mengambil risiko dan saya pernah melatih kelab. Apabila berada di kelab, seseorang jurulatih masih boleh menurunkan pemain walaupun merasakan ada risiko yang bakal dihadapi,” tambah Deschamps.

Ketiadaan Mbappe menyaksikan Deschamps perlu memilih kapten baharu selepas penyandang sebelum ini, Antoine Griezmann telah mengumumkan persaraan daripada aksi antarabangsa pada minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI