fbpx

Bukan hilang tetapi cari kerja di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Keluar mencari pekerjaan dipercayai punca seorang gadis dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sekitar Kapar di sini, minggu lalu.

Kehilangan gadis berusia 25 tahun itu terungkai selepas dia ditemui dalam keadaan selamat di Kuala Terengganu, Terengganu semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, laporan berhubung kehilangan itu dibuat ahli keluarganya pada 3 Oktober lalu.

Katanya, gadis itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya yang terletak di sebuah taman perumahan di Kapar.

“Hebahan berkaitan perkara itu kemudian dilakukan sebelum dia (gadis itu) tampil di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membuat laporan.

“Dia memaklumkan bahawa keluar secara sukarela untuk mencari pekerjaan di Terengganu dan berada dalam keadaan selamat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Justeru, Vijaya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memaklumkan keberadaan diri kepada ahli keluarga atau rakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI