fbpx

Buaya lapar muncul di Kampung Morten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN Perhilitan melakukan pemantauan di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, hari ini. Foto oleh AMRAN MULUP/ KOSMO!

MELAKA – Tular satu klip video memaparkan seekor buaya membaham biawak di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, hari ini.

Video berdurasi satu minit itu dirakamkan oleh orang awam yang terkejut dengan kemunculan haiwan pemangsa itu di kawasan pelancong serta dipercayai berada dalam keadaan kelaparan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Alfiesyahril Anewar Ahmad ketika dihubungi pemberita berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan sedang melakukan pemantauan.

“Kita akan tangkap buaya ini menggunakan kaedah memasang jaring dan memancing kerana ia paling sesuai berbanding memasang memandangkan lokasi terlibat berada di laluan bot Melaka River Cruise (MRC).

“Berat reptilia itu dianggarkan antara 20 hingga 30 kilogram (kg) dengan panjang mencecah 1.8 meter,” katanya hari ini.

Menurutnya, pemantauan lebih kerap dilakukan di kawasan di pintu gerbang Kampung Morten dan kawasan bakau yang menjadi habitat biawak.

“Lapan kakitangan Perhilitan telah pergi ke tempat kejadian untuk memantau dan sekiranya memang benar terdapat kehadiran buaya, barulah kita akan pasang jaring dan melakukan kaedah memancing menggunakan umpan itik.

“Jika tidak berhasil kita akan ambil perangkap di Sungai Malim untuk dibawa dan di pasang di kawasan ini,” jelasnya.

Tambah Alfiesyahril Anewar, berdasarkan aduan penduduk kampung, buaya tersebut didakwa berkeliaran di sungai itu sejak dua bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI