fbpx

Banjir: 457 mangsa di Kedah berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak bermain air banjir yang melanda kawasan rumah mereka di Kampung Kubang Betong di daerah Kubang Pasu, kelmarin. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Seramai 457 orang daripada 132 keluarga di Kedah kini berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 10 pagi ini.

Lima PPS itu dibuka di daerah Kubang Pasu dan Pendang sejak kelmarin.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kubang Pasu merekodkan mangsa seramai 264 orang daripada 88 keluarga, manakala Pendang seramai 193 orang daripada 44 keluarga.

Di Kubang Pasu, PPS dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Sekolah Kebangsaan (SK) Malau dan Dewan PPK Lubuk Batu.

Sementara di Pendang, PPS dibuka di Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah.

Dalam pada itu, sembilan sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Laka, Sungai Padang Terap dan Sungai Bata di Kubang Pasu; Sungai Perik di Padang Terap; dua lokasi di Sungai Anak Bukit iaitu di Taman Aman dan Jambatan TAR di Kota Setar.

Tiga lagi adalah Sungai Titi Kerbau di Pendang, Sungai Ketil di Baling dan Sungai Gurun di Yan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI