PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meneliti berhubung isu beban berganda malnutrisi melibatkan kanak-kanak di negara ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan disuarakan oleh Anwar ketika mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.
Fahmi berkata, isu berkenaan harus diteliti sebelum satu pelan starategik berkenaan diumumkan tidak lama lagi.
“Mesyuarat ada membincangkan perkara ini dan hari ini Jemaah Menteri ada menerima laporan terkini mengenai pelan dan strategi.
“Tetapi ada beberapa perkara yang diminta oleh Perdana Menteri untuk diteliti mengenai pelan strategi kebangsaan malpemakanan kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar mingguan hari ini.
Jelas Fahmi sebelum ini, terdapat beberapa ikhtiar dilaksankan oleh kerajaan ini termasuk melalui rancangan makanan tambahan (RMT) bagi memangani isu masalah ini.
“Perbincangan ini adalah (berhubung) sesi persekolahan yang berbeza maka bukan hanya sekadar satu sesi tetapi kita melihat secara menyeluruh.
“Hal ini dekat dengan Perdana Menteri dan kita harap pada sidang Perlimenn kali ini kita dapat perkembangan positif khusus berhubung isu malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE