fbpx

Alam Flora, Karnival Pahang Bersih Makmur satukan komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program 'Bandar Bersih: Karnival Pahang Bersih Makmur 2024' yang dianjurkan Alam Flora di Kuala Lipis Pahang, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menjadi tunggak kejayaan program ‘Bandar Bersih: Karnival Pahang Bersih Makmur 2024’, di Kuala Lipis Pahang, baru-baru ini.

Program anjuran Majlis Daerah Lipis itu telah menyatukan pelbagai pihak berkepentingan untuk mempromosikan budaya kebersihan dan amalan 3R (reduce, reuse, recycle).

Alam Flora yang juga anak syarikat kepada Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menerusi kenyataannya berkata, program itu sekali gus menyokong matlamat Malakoff iaitu ‘Enhancing Life, Enriching Communities’.

‘Program itu dijayakan melalui kerjasama bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang yang mana Alam Flora terlibat dalam pengurusan sisa praktikal.

“Ia termasuk penyediaan 100 MGB tong sampah 120 liter yang direka dengan teliti sejajar dengan tema Lipis Bandar GeoPark, selain menekankan pengurusan sisa mampan dan mesra alam,” kata kenyataan itu.

Di samping itu, Alam Flora turut melakukan penebangan di sepanjang Sungai Lipis, melibatkan 60 kakitangan Alam Flora dan orang awam.

Pemimpin dan masyarakat tempatan juga teruja menyertai pelbagai aktiviti seperti sesi plogging, program pertukaran tong sampah, jualan rahmah dan berjalan kaki.

“Ia dibantu oleh lori ‘tipper’ terbuka dan trak 3R on Wheels’. Trash to Cash’ yang popular pula berjaya mengumpul 5052.8 kilogram dari ‘booth’ sekali gus membolehkan hadirin berjual beli barangan kitar semula.

“Alam Flora juga mempamerkan peralatan pembersihan canggihnya, termasuk jentera ‘HP Jetter’ dan ‘Vac-All’, semasa demonstrasi pembersihan longkang,” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI