fbpx

662 kanak-kanak GISBH terima perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar mingguan di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Seramai 662 kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang terkait GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan terbaharu itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Kesemua 662 kanak-kanak yang telah diselamatkan melalui beberapa operasi yang telah berjalan kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan, itu terkini,” katanya pada sidang akhbar mingguan , di sini hari ini.

Terdahulu, polis melancarkan Op Global awal September lalu dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, mesyuarat pada hari ini tidak membincangkan berhubung isu kefatwaan di peringkat negeri sama ada ajaran yang dibawa kumpulan berkenaan sesat atau tidak.

“Tetapi kita boleh rujuk juga dengan kenyataan dan fatwa mufti dan ada beberapa mufti telah mengeluarkan fatwa di mana ajaran tersebut telah disahkan sesat.

“(Namun), untuk maklumat lanjut dalam isu ini boleh rujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI