fbpx

Banjir: 31 mangsa ditempatkan di PPS Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN banjir yang berlaku di Kampung Sg Ruil di Cameron Highlands petang semalam.

CAMERON HIGHLANDS – Seramai 31 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Sg Ruil di sini selepas rumah mereka terjejas akibat banjir kilat dan tanah runtuh.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Cameron Highlands, PPS berkenaan dibuka susulan banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku di sekitar Kampung Sg Ruil pada kira-kira pukul 6 petang semalam.

“PPS dibuka bagi menempatkan lima keluarga yang terkesan akibat kejadian tersebut dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang terlibat melibatkan 11 lelaki dewasa dan 10 wanita dewasa serta empat kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI