fbpx

243 pemilik lesen B1, B2 sudah daftar pertukaran kepada B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASBI memakaikan topi keledar kepada seorang murid tadika ketika hadir menyempurnakan Program Komuniti Selamat di Jalan Raya di Felda Ulu Belitong, Kluang hari ini.

KLUANG – Kelonggaran syarat dalam Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B daripada lesen B1 dan B2 kepada B yang diumumkan selepas perlaksanaan pada 1 Oktober baru-baru ini membolehkan orang ramai mendaftarkan diri.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, sehingga kini sudah 243 pemilik Lesen Memandu Malaysia (LMM) B1 dan B2 sudah mendaftarkan diri di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara.

Katanya, angka itu dijangka akan meningkat secara berikutan kerana jumlah yang ada ini adalah dalam tempoh seminggu pendaftaran dibuka selain bayaran berpatutan dikenakan.

“Mengikut rekod, 3.33 juta daripada 9.32 pemegang LMM kelas B1 dan B2 layak mendaftarkan diri di 139 Akademi Institut Memandu (AIM),” katanya ketika ditemui selepas melancarka Program Komuniti Selamat di Jalan Raya di Felda Ulu Belitong di sini hari ini.

Pada 2 Oktober, syarat Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B dilonggarkan serta-merta ekoran keluhan orang ramai yang tidak layak menyertai program itu.

Sebelum itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, satu daripada syarat untuk program itu ialah individu mesti memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI