fbpx

YouTuber remukkan ‘supercar’ RM1.27 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOHERTY (kiri) memandu McLaren 570S yang terlibat dalam nahas. - Foto Kick/JackDoherty

MIAMI  – Sebuah ‘supercar’ berharga AS$300,000 (RM1.27 juta) terlibat dengan kemalangan di Miami, Florida ketika dipandu laju oleh seorang pesohor YouTube, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Dalam kejadian baru-baru ini, Jack Doherty sedang melakukan penstriman langsung di laman web Kick. Dia memandu dengan sebelah tangan selain memandang skrin telefon bimbitnya semasa hujan lebat.

Doherty, 20, kemudian hilang kawalan kereta McLaren 570S yang dipandunya.

Kereta itu terbabas lalu merempuh penghadang lebuh raya yang basah.

Bonet kereta Doherty remuk, manakala bahagian hadapan kenderaan itu musnah.

Doherty tidak cedera tetapi rakannya, Michael David yang berada di tempat duduk penumpang berdarah di muka dan terpaksa dibawa ke hospital.

Doherty  dilihat berkata: “David, ke sini. Rakam juga dengan telefon ini.”

Seorang pesohor media lain mengkritik Doherty kerana bimbangkan keadaan kereta tersebut berbanding keselamatan rakannya sendiri.

 “Wajah rakan anda memancut darah tetapi anda pastikan dia kekal melakukan penggambaran, bagusnya,” kata pesohor tersebut, Corinna Kopf. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI