fbpx

YBR bantu bekas pengamal media Sabah sakit kanser, gout kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Philip (tiga dari kanan) bersama Syaiful Rizal (dua dari kanan) bergambar bersama bekas pengamal media yang menerima bantuan YBR.

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) membantu tiga orang bekas pengamal media di Sabah yang menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit kanser prostat, masalah buah pinggang, angin ahmar serta gout kronik.

YBR dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka yang dibantu pernah berkhidmat di pelbagai agensi media tempatan sebelum bersara iaitu Joswan Gulabok, 69, Mohd. Amin, 64, serta Barnard Martin.

Bantuan disampaikan oleh Pengerusi YBR, Datuk Philip Lasimbang pada Majlis Makan Malam Bersama Media Sabah, di Kota Kinabalu, malam tadi dan turut hadir ke acara itu adalah Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Philip dalam ucapannya berkata, inisiatif YBR itu adalah antara aktiviti tahunannya dalam membantu individu yang memerlukan, sambil mengekalkan jalinan erat dengan pihak media

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana hasil daripada kerjasama yang jitu daripada pihak media dalam menyiarkan segala usaha yang dijalankan oleh YBR.

“Kami akan sentiasa komited serta mempelbagaikan strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI