fbpx

Warga emas antara dicekup sabung ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MIRI – Warga emas berusia 75 tahun antara lima lelaki yang ditangkap ketika menyabung ayam di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata kesemua suspek dicekup dalam serbuan Ops Dadu yang dijalankan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 6 petang kelmarin.

“Hasil serbuan, pasukan polis berjaya menangkap lima lelaki tempatan dan turut merampas dua ekor ayam serta peralatan yang digunakan untuk aktiviti sabung ayam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata hasil soal siasat awal, kesemua suspek berusia antara 56 hingga 75 tahun itu mengaku datang ke kawasan berkenaan untuk menyabung ayam.

Justeru, Alexson berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 73 (1) (g) Ordinan Veteriner Kesihatan Awam 1999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI