fbpx

‘Wang tak stabil, dilayan bak anak tiri’ – Reen Rahim selar ibu bapa pilih bulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reen Rahim kesal dengan sebilangan orang tua yang pilih bulu dengan anak-anak disebabkan status kewangan mereka.

PETALING JAYA – Pelakon Reen Rahim menyelar tindakan segelintir ibu bapa yang suka mengamalkan sikap pilih kasih dengan membeza-bezakan anak sendiri sehingga menyebabkan mereka makan hati.

Ujar Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, wujud ibu bapa yang bersikap mata duitan sekali gus tidak memandang usaha anak yang kurang berjaya dalam hidup.

“Kadang-kadang ada ibu bapa yang berperangai pelik-pelik, geram saya. Sebab, ramai sahaja kawan saya yang kadangkala bercerita, hanya disebabkan dia tidak stabil lagi (kewangan) maka dia dilayan bak anak tiri.

“Bagi saya, macam mana anak nak berjaya, kalau ibu bapa tak reda? Mentang-mentanglah bergelar ibu bapa, usahlah suka hati sahaja sakitkan hati anak. Kalau nampak anak itu sesak, tanya diri semula, adakah awak mendoakan dia?

“Reda tak dengan anak itu? Doa pun kedekut, lepas itu mahu anak tirikan anak. Ajarlah mata melihat benda yang tak nampak pada dasar. Hargai yang paling mahal iaitu keikhlasan,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Bagaimanapun, pelakon filem Sue On itu dalam masa sama menasihatkan anak-anak yang menjadi mangsa pilih kasih supaya tidak membenci ibu bapa mereka sebaliknya terus berdoa agar segala pengorbanan diberi ganjaran setimpal.

“Saya faham ramai makan hati tetapi kita kena fikir balik tanggungjawab kita sebagai anak, kena ikhlas dan buat sahaja walaupun tidak dihargai.

“Walaupun awak dipandang sebelah mata, dianak tirikan, buat sahaja kerana Allah. Tidak dipandang ibu bapa tidak mengapa asalkan Allah tahu dan reda perbuatan baik kita.

“Kita sebagai anak kena berbakti kepada ibu bapa, jaga mereka selagi kita mampu, buat sahaja, jagalah hati mereka, itu lebih baik,” jelasnya dalam hantaran berlainan.

Rata-rata netizen senada dengan pendapat Reen itu selain menyifatkan hubungan anak dan ibu bapa sangat kompleks untuk dibincangkan memandangkan perkara tersebut melibatkan reda dan hukum Allah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI