fbpx

‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu hari ini.

PETALING JAYA – Kisah perceraian pasangan selebriti, Fazura dan Fattah hari ini ternyata mengejutkan ramai pihak terutama peminat mereka.

Semakan Kosmo! di media sosial, ramai yang meluahkan rasa sedih dengan perkara tersebut apabila Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, selesai melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada pukul 9.45 pagi tadi.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Tiada lagi suami Melayu terakhir, kami sebagai peminat #Faztah sememangnya mahu yang terbaik untuk pasangan ini,” kata Juliana.

“Kali pertama menangis bila lihat pasangan selebriti bercerai. Mungkin pasangan ini nampak penuh serasi. Moga yang baik-baik untuk Fazura dan Fattah selepas ini,” kata Nurriin.

“Ada yang berpisah sementara untuk perbaiki diri masing-masing. Harap kuat jodoh mereka berdua ini untuk kembali bersatu sebagai suami dan isteri. Sedihnya berita cerai pagi ini,” luah Atikah.

“Harap berbaiklah demi anak. Kesian pada anak yang masih tak tahu apa-apa,masih perlukan kasih sayang kedua-duanya,” kata Rashadah.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4,.

Sementara itu, Fazura dan Fattah menjadi sohor kini di Facebook dan laman X berikutan kisah mereka menjadi antara topik utama yang sedang diperkatakan pengguna media sosial sehingga meraih lebih 3,000 ciapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI