fbpx

Thuram berebut Kasut Emas aksi Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THURAM muncul wira Inter apabila meledak tiga gol menewaskan Torino 3-2 dalam aksi Serie A awal pagi semalam. - AFP

MILAN – Hatrik daripada Marcus Thuram memberikan kemenangan berharga buat Inter Milan menewaskan Torino yang bermain 10 orang dalam aksi Serie A di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Kad merah diterima pertahanan Torino, Guillermo Maripan pada minit ke-20 memberikan kelebihan besar buat juara bertahan yang memanfaatkan situasi itu dengan gol pertama daripada Thuram berselang lima minit kemudian.

Penyerang Perancis itu menggandakan kedudukan 10 minit kemudian sebelum Torino menunjukkan semangat melawan dengan meledak gol pertama melalui Duvan Zapata pada minit ke-36.

Thuram memastikan kemenangan menjadi milik Inter dengan gol ketiga pada minit ke-60 biarpun Torino merapatkan jurang kepada 3-2 selepas Nikola Vlasic menyempurnakan sepakan penalti di lewat permainan.

Tiga gol itu membolehkan Thuram dengan tujuh jaringan berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak Serie A bersama penyerang sensasi Atalanta, Mateo Retegui yang turut meledak hatrik awal pagi semalam.

“Bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan kerana kami melepaskan dua gol dalam perlawanan ini. Bahagian serangan juga perlu mengambil kesalahan ini, bukan hanya pertahanan dan penjaga gol.

“Kami bermain 11 di atas padang berbanding pihak lawan. Cumanya saya gembira kerana dapat menjaringkan gol demi gol untuk membantu pasukan mencapai kemenangan,” kata Thuram.

Sebagai rekod, Inter kini berada di tangga kedua Serie A dengan 14 mata, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Napoli selepas mengharungi tujuh perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI