fbpx

‘Tangan ajaib’ De Gea selamatkan dua penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti ketika menang 2-1 ke atas Milan semalam. - BEIN SPORTS

FLORENCE – Penjaga gol Fiorentina, David de Gea sekali lagi mencipta cerita luar biasa apabila menyelamatkan dua sepakan penalti ketika menewaskan AC Milan 2-1 dalam aksi Serie A di Stadio Artemio Franchi semalam.

Dua tonggak Milan, Tammy Abraham dan Theo Hernandez menjadi individu paling kecewa apabila sepakan mereka dibaca dengan baik oleh bekas penjaga gol Manchester United itu masing-masing pada minit ke-45+1 serta 56.

“Ini adalah malam yang luar biasa buat kami selepas seluruh pasukan bekerja keras sejak beberapa bulan lalu. Saya lebih suka bercakap tentang perkara ini berbanding dua sepakan penalti berkenaan.

“Apa yang kami mahukan adalah menggembirakan penyokong. Kemenangan ke atas kelab besar seperti AC Milan nyata begitu penting buat kami.

“Kami sudah bekerja keras dan akhirnya mula mendapatkan hasilnya,” kata De Gea yang menyertai Fiorentina secara percuma musim ini selepas berehat semusim sejak meninggalkan United pada 8 Julai 2023.

Sebelum itu, penjaga gol Milan, Mike Maignan terlebih dahulu mencuri perhatian apabila menyelamatkan sepakan penalti Moise Kean pada minit ke-22.

Namun, Yacine Adli berjaya membuka jaringan buat Fiorentina tidak lama kemudian tetapi bintang Milan, Christian Pulisic kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-60.

Selepas De Gea menyelamatkan dua sepakan penalti Milan, tiga mata sah menjadi milik Fiorentina apabila Albert Gudmundsson meledak jaringan kemenangan pada minit ke-73. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI