fbpx

Suami tak wajib beri duit poket kepada isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pemberian duit poket kepada isteri adalah tidak wajib, sekiranya si suami telah menyediakan empat perkara melibatkan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.

Menerusi perkongsian seorang peguam syarie pada TikTok Lawyer Azri, beliau menjelaskan nafkah suami kepada isteri mengikut hukum dan undang-undang merangkumi empat perkara tersebut.

“Dan semestinya bukan berikan duit pada setiap bulan. Bila suami dah sediakan empat perkara tadi, dah dikira suami bagi nafkah. Jadi duit poket tidak wajib suami bagi isteri.

“Suami ada dua pilihan untuk tunaikan nafkah kepada isteri,” katanya.

Beliau berkata, pilihan pertama iaitu suami sendiri yang menguruskan empat perkara tersebut iaitu makan minum, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.

Katanya, pilihan kedua ialah suami memberikan wang kepada isteri untuk membelikan empat perkara itu.

“Kecuali isteri mendahulukan terlebih dahulu untuk menanggung segala kewajipan suami. Contohnya membayar rumah atau membelikan makanan harian dan suami wajib membayar balik dengan duit pembelanjaan tersebut.

“Melainkan jika isteri reda dan ingin membantu suami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI