fbpx

Suami isteri dapat 3 anak dalam masa 10 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bailey dan suaminya, Chris Goulden serta anak-anak mereka. - SWNS

LONDON – Sepasang suami isteri di  Dover, England dikurniakan tiga anak dalam selang masa hanya 10 bulan dan menganggap ketiga-tiga cahaya mata itu sebagai pasangan kembar tiga, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Louise Bailey melahirkan anak pertamanya, Ava secara pramatang ketika kandungannnya berusia 29 minggu pada Disember 2018.

Tidak lama kemudian, dia mengandungkan pula pasangan kembar, Lucan dan Elijah ketika masih dalam tempoh berpantang selepas kelahiran Ava.

Dua bayi lelaki itu kemudian dilahirkan ketika usia kandungan mencapai 30 minggu pada Oktober 2019.

“Tahun-tahun pertama agak sukar bagi saya dan suami. Kami perlu belajar mandiri. Kami perlu berjaga setiap malam untuk menguruskan ketiga-tiga mereka.

“Namun, keadaan menjadi semakin terkawal kira-kira setahun lalu. Ia masih huru-hara, namun kami gembira,” kata Bailey. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI