fbpx

‘Semoga dipermudahkan urusan awak, Abdul Fattah Amin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sherry menitipkan kata-kata semangat buat Fattah Amin.

PETALING JAYA – Pelakon Sherry Ibrahim menuai perhatian ramai apabila menitipkan kata-kata semangat buat aktor yang juga bekas kekasihnya, Fattah Amin hari ini.

Sherry atau nama Syarizad Ibrahim, 41, berkata, Fattah perlu terus tabah dalam melalui dugaan hidup ketika ini.

“Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baharu.

“Kuatkan diri demi Fatima Aisya, ibu , ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi,” katanya dalam Instagram hari ini.

Katanya, kehidupan ketika ini sememangnya tidak seperti diharapkan namun perlu diteruskan dengan penuh ketabahan.

“Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, insya-Allah pasti akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik.

“Teruskan maju ke hadapan dan semoga semua urusan awak, Abdul Fattah Amin dipermudahkan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sherry dan Fattah pernah bercinta sekitar tahun 2014 sebelum mengesahkan hubungan tersebut putus pada 2016.

Hari ini, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan terbabit sah bercerai apabila Fattah cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sekitar pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Sole.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan aktres berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI