fbpx

Sasar warta Geopark Delta Sarawak diiktiraf UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SDGp meliputi kawasan darat dan air berkeluasan 3,112 kilometer persegi di selatan Sarawak.

KUCHING – Kerajaan Sarawak dalam proses mewartakan Geopark Delta Sarawak (SDGp) sebagai Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ketiga di Malaysia.

SDGp meliputi kawasan darat dan air berkeluasan 3,112 kilometer persegi di selatan Sarawak.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengiktirafan ketiga yang disasarkan pada 2026 itu adalah selepas Geopark Global UNESCO Langkawi di Kedah dan Geopark Global UNESCO Kinabalu di Sabah.

Taman Geo Global UNESCO Langkawi merangkumi hampir keseluruhan Kepulauan Langkawi dan merupakan Taman Geo Global UNESCO ke-52 di dunia dan pertama di Asia Tenggara.

Taman Geo Global UNESCO Kinabalu merangkumi kawasan Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau, yang merupakan Taman Geo Global UNESCO ke-195 di dunia.

SDGp diisytiharkan sebagai Geopark Negara Malaysia keenam pada 20 Jun 2022 oleh Jawatankuasa Geopark Negara, dan merupakan geopark pertama di Sarawak dengan mengetengahkan gabungan warisan geologi, biologi dan budaya di daerah Kuching, Bau, Padawan dan sebahagian kecil di Serian.

Menurut Abang Johari, antara manfaat daripada pengiktirafan Geopark Global UNESCO ialah dari segi pendidikan dan cara menyelamatkan alam sekitar yang merangkumi geologi, geodiversiti dan biodiversiti.

Justeru bagi merealisasikan usaha itu, beliau berkata, pakar-pakar dari UNESCO akan dibawa ke Sarawak untuk melihat nilai khazanah geopark yang ada di Bumi Kenyalang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI