fbpx

Rodriguez ikrar beri impak bantu JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRIGUEZ menjadi sandaran terbaharu JDT untuk memburu kejayaan khususnya dalam saingan ACLE. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

PENYERANG baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodriguez enggan merosakkan reputasinya selaku bekas bintang Real Madrid dan mula memasang cita-cita besar untuk menghadirkan impak besar buat Harimau Selatan.

Walaupun pernah mengecapi pelbagai kejayaan di pentas lebih tinggi ketika berkelana di Eropah, Rodriguez bertegas dia tidak pernah jemu untuk menjulang trofi kejuaraan.

“Sangat gembira dengan peluang dan sekarang saya memulakan perjalanan baharu bersama kelab hebat @officialjohor. Saya pasti akan menghadirkan banyak kejayaan bersama pasukan.

“Saya begitu bersemangat untuk memulakan perjalanan ini. Terima kasih atas keyakinan Boss @hrhcrownprinceofjohor,” katanya menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Kelmarin, bekas pemain Real Madrid, Sampdoria, Stoke City, Paris Saint-Germain dan Sporting Lisbon itu sudah pun sah diumumkan sebagai pemain baharu Harimau Selatan sekaligus akan perkuatkan pasukan khususnya di pentas Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).

Ketika menyarung jersi skuad utama Los Blancos pada 2011 hingga 2016, Rodriguez yang lebih banyak diturunkan sebagai pemain gantian melakukan 63 penampilan selain berjaya menjaringkan 13 gol.

Ini bukan kali pertama JDT merekrut nama besar kerana sebelum ini Harimau Selatan pernah mendapat sentuhan pemain bintang seperti Pablo Aimar, Luciano Figueroa, Patito Rodriguez dan Juan Martin Lucero.

Bagaimanapun, kehadiran Rodriguez kali ini turut beri kesan positif kepada jenama JDT di peta bola sepak global.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI