fbpx

Ribut petir landa sembilan negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia di hantaran Facebook memaklumkan, sembilan negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Perlis, amaran ribut petir dikeluarkan untuk seluruh negeri, manakala di Kedah amaran ribut petir diberikan untuk daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu, amaran ribut petir dikeluarkan di Pulau Pinang yang melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” katanya.

Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir juga diramal melanda negeri Perak yang melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala bagi negeri Terengganu hanya melibatkan daerah Dungun.

“Di Pahang pula, amaran dikenakan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong. Selain itu, di Johor melibatkan daerah Kluang dan Mersing.

“Di negeri Sarawak pula, amaran dikenakan di Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau)

“Bagi negeri Sabah pula, amaran diberikan di daerah Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI