fbpx

Pelajar IPT kemalangan gagal kawal motosikal elak SUV tukar lorong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video papan pemuka sebuah kenderaan SUV menunjukkan kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 240.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran susur keluar tol Bidor pada Sabtu lalu. - Foto MEDIA SOSIAL

TAPAH – Seorang pelajar lelaki (IPT) cedera terlibat nahas membabitkan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang menukar lorong secara tiba-tiba di Kilometer (KM) 240.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran susur keluar tol Bidor pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, pihaknya terkesan dengan rakaman kejadian tersebut yang tular dalam media sosial melibatkan sebuah motosikal dan dua SUV.

“Kemalangan itu berlaku sekitar pukul 11.09 pagi pada 5 Oktober. Polis telah mengenal pasti ketiga-tiga kenderaan terlibat.

“Mangsa penunggang motosikal ialah seorang lelaki berumur 18 tahun yang merupakan pelajar IPT telah mengalami kecederaan di bahu kiri dan telah dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, salah seorang pemandu kenderaan SUV terlibat telah tampil untuk membantu siasatan.

“Polis dalam usaha untuk memanggil seorang lagi pemandu kenderaan SUV untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Persatuan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

Justeru, Mohd. Naim berkata, saksi kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faizin Ahmad di talian 05-4011222 atau 013-2087 919. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI