fbpx

MSU anjur International Songket Run 4.0 pada 19 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peserta International Songket Run anjuran oleh MSU pada tahun sebelum ini.

PETALING JAYA – Management and Science University (MSU) melalui Jabatan Pembangunan Pelajar dan Kerjaya akan meneruskan inisiatif untuk memelihara budaya seni tenun songket menerusi penganjuran International Songket Run 4.0 pada 19 Oktober ini.

MSU dalam kenyataannya, acara larian santai (fun run) menyasarkan penyertaan 6,000 peserta melibatkan jarak larian sejauh 5 dan 10 kilometer (km) sekitar Seksyen 13, Shah Alam dengan permulaan dan penamatan larian di kampus MSU.

“Acara ini bertujuan memberikan pendedahan berhubung kepentingan menghargai warisan songket sama ada dari aspek busana, kraftangan dan kebudayaan, terutamanya kepada warga MSU termasuk komuniti setempat serta melibatkan penyertaan seisi keluarga daripada pelbagai peringkat usia.

“Edisi kali keempat larian bakal disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selaku penaung International Songket Run 4.0,” katanya hari ini.

International Songket Run 4.0 itu juga akan dihadiri oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid, Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr. Junainah Abd, Hamid serta pengurusan kanan MSU serta rakan industri.

Dalam pada itu, penganjuran edisi pertama International Songket Run telah dianjurkan pada 2018, diikuti edisi kedua pada 2019, manakala edisi ketiga pada tahun lau.

“Edisi kedua larian telah mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBR) melalui rekod ‘The Largest Participation In A Songket Running Event’ 2019 dengan seramai 4,868 peserta.

“Selain itu, ‘The Largest Number of People Wearing or Having Songket Elements As Part of Their Dressing’ pada tahun 2018 dengan 4,878 peserta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI