fbpx

MetMalaysia uji siren amaran tsunami di TLDM Lumut, Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak esok.

Menurut hantaran yang dilakukan oleh MetMalaysia di Facebook, pengujian tersebut akan dilaksanakan bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.” katanya di sini tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI