fbpx

Mangsa banjir di Perak 304 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kerian hari ini.

IPOH – Mangsa banjir di negeri ini mencecah 304 orang dari 83 buah keluarga setakat pukul 10 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa tersebut ditempat di empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu dua di Kerian serta satu masing-masing di Larut, Matang dan Selama dan Hilir Perak.

“Seramai 113 mangsa dari 33 buah keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan PPS SK Parit Haji Aman Bagan Serai di Kerian.

“Manakala 50 mangsa (15 keluarga) di Larut, Matang dan Selama ditempatkan di PPS SK Matang di Taiping. 141 mangsa (35 keluarga) di Hilir Perak pula ditempatkan di Dewan Serbaguna Padang Tembak,” katanya di sini hari ini.

Mengikut rekod, pertambahan mangsa melibatkan daerah Hilir Perak iaitu dari 297 mangsa dari 82 keluarga kepada 304 mangsa (83 keluarga). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI