fbpx

Mahu murid luar bandar minat sains, teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang (tiga dari kanan) melawat reruai pameran selepas merasmikan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Perak dan Malaysia Techlympics Peringkat Zon Utara 2024 di Kuala Kangsar hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

KUALA KANGSAR – Memupuk minat kepada sains dan teknologi dalam kalangan murid dan pelajar sekolah di luar bandar menjadi antara penekanan utama penganjuran Malaysia Techlympics.

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, Malaysia Techlympics yang diadakan secara tahunan sejak tahun 2022 akan melibatkan sekolah-sekolah dari setiap pelosok negara mengikut pecahan zon.

Jelasnya, penganjuran Malaysia Techlympics yang membabitkan Kementerian Pendidikan serta kerajaan negeri juga bertujuan mengurangkan jurang pendedahan terhadap sains, teknologi dan inovasi (STI) antara murid dan pelajar di kawasan bandar dan luar bandar.

“Kita jemput semua sekolah dan kita juga memberikan penekanan kepada sekolah-sekolah luar bandar. Kita boleh melihat ramai murid-murid dari sekolah luar bandar. Kita beri penekanan supaya ia lebih seimbang dan boleh mengurangkan kesenjangan antara bandar dengan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian Karnival Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Perak dan Malaysia Techlympics Peringkat Zon Utara 2024 di sini hari ini.

Lih Kang berkata, seramai lebih 5,784 peserta daripada 260 buah sekolah dari negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bersaing dalam Pertandingan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Utara.

Menurutnya, Malaysia Techlympics merupakan antara program perdana tahunan di bawah Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memupuk minat pelajar dan belia terhadap STI.

Katanya antara pendekatan yang dibawa menerusi penganjuran itu adalah berbentuk pembelajaran luar bilik darjah yang mana para murid dan pelajar boleh merasai pengalaman sains dan teknologi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI