fbpx

Luahan Pembaca: Bertoleransi bukan sikit-sikit emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBANYAKAN kes kemalangan membabitkan motosikal berakhir dengan kecacatan dan kematian. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

HAMPIR setiap hari kita membaca berita tentang kemalangan jalan raya yang kebanyakannya berakhir dengan kematian membabitkan penunggang motosikal di negara ini.

Statistik pada 2023 menunjukkan hampir 600,000 kes kemalangan dicatatkan dan secara purata sebanyak 1,644 kes sehari melibatkan 17 kemalangan maut serta 18 kematian dengan 12 orang adalah penunggang motosikal.

Kalau kita perhatikan kebanyakan penunggang motosikal menunggang mengikut perasaan tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Bukanlah mahu menyalahkan mereka 100 peratus, tetapi kenyataannya golongan yang paling ramai melanggar lampu isyarat merah adalah penunggang motosikal atas pelbagai alasan.

Jika berlaku kemalangan, siapa yang mahu dipersalahkan? Terdapat segelintir penunggang yang susah untuk memberi laluan kepada kenderaan lain terutamanya kereta ketika menukar lorong, seolah-olah jalan raya adalah milik mereka.

Mereka akan membunyikan hon walaupun jarak kedua-dua kenderaan itu agak jauh termasuk menunjukkan aksi kurang sopan.

Dalam hal ini, apa salahnya bertoleransi dan berkongsi jalan raya dengan pengguna lain. Perlu diingat motosikal ada dua roda, dirempuh tergolek, merempuh pun tergolek.

RODA EMPAT
Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI