fbpx

Lekas ditutup Sabtu, Ahad ini beri laluan pada RHB Lekas Highway Ride 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) akan ditutup sementara bermula Sabtu hingga Ahad ini untuk memberi laluan kepada acara berbasikal malam tahunan RHB Lekas Highway Ride 2023 (Edisi ke-9).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihak Lebuh Raya Lekas akan menutup seluruh lebuh raya bagi melancarkan acara perlumbaan tersebut.

Katanya, penutupan jalan akan bermula pada pukul 5 petang Sabtu hingga 4 pagi Ahad ini.

“Enam jalan utama yang terlibat adalah Kilometer (KM) 2 Lebuh Raya Lekas menghala Seremban; susur keluar arah Bandar Teknologi dan susur masuk dari arah Semenyih.

“Seterusnya, Lebuh Raya Lekas susur keluar arah Ecohill; Jalan Bangi Lama susur masuk ke Lebuh Raya Lekas dan Jalan Eco Majestic menghala Lebuh Raya Lekas (Plaza Tol Eco Majestic),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihati pengguna jalan raya supaya elakkan dari melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan serta lencongan, merancang perjalanan dan mematuhi arahan anggota bertugas.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan agar program tersebut dapat berjalan dengan lancar dan selamat,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI