fbpx

Larian songsang: Dua lagi lelaki ditahan, ‘atok’ warga asing didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA individu dikesan berpakaian wanita dan mencolok mata ketika menyertai larian Pan Asia 2024 di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Dua lagi individu ditahan semalam susulan disyaki terlibat dalam insiden berpakaian tidak senonoh ketika menyertai Larian Pan Asia 2024 yang menyentuh sensitiviti agama di tempat awam di Bandar Penawar di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, tangkapan terbaharu itu melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun yang ditahan pada pukul 6 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Katanya, seorang lagi lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan di sebuah penginapan di Desaru, Kota Tinggi di sini pada pukul 8 malam.

Dalam pada itu, Kumar berkata, dua lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Katanya, lelaki berusia 66 dan 70 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

“Kertas siasatan dirujuk ke pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor semalam dan menerima arahan pertuduhan hari ini.

“Jika disabitkan kesalahan mereka berdepan dengan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tiga bulan atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” katanya lagi.

Kumar juga mengesahkan Polis Kontinjen Johor telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes penganjuran program larian tersebut.

Tambahnya, siasatan awal polis mendapati bahawa penganjur tidak mempromosikan ataupun menyokong mana-mana elemen yang boleh menyebabkan kegusaran dan sensitiviti dikalangan rakyat di Johor serta Malaysia secara kolektif.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI