fbpx

La Liga: Real Madrid hilang khidmat tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARVAJAL mungkin terpaksa melupakan baki saingan musim ini apabila dipercayai mengalami kecederaan ACL. - AFP

MADRID – Juara bertahan, Real Madrid terus memberi tekanan terhadap Barcelona dalam perebutan takhta La Liga musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Villarreal di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila kapten, Dani Carvajal mengalami kecederaan lutut serius dan difahamkan ia melibatkan anterior cruciate ligament (ACL).

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti mengakui bimbang dengan tahap kecederaan dialami bek kanan terbabit kerana dia berkemungkinan besar perlu melupakan baki saingan musim ini dan fokus kepada proses pemulihan.

“Saya sudah bercakap dengan doktor, tetapi tidak diberitahu situasi sebenar kerana mereka perlu melakukan ujian terlebih dahulu. Seluruh bilik persalinan bimbang dan sedih dengan kecederaan yang menimpa Carvajal.

“Situasi seperti ini sering berlaku kepada kami dan kebanyakannya menimpa pemain-pemain penting. Saya harap kecederaan Carvajal tidak serius seperti yang dijangka kerana dia adalah pemain kunci untuk pasukan,” katanya.

Pada perlawanan itu, Real memastikan tiga mata menjadi milik mereka menerusi jaringan Federico Valverde dan Vinicius Junior, sekali gus terus menghidupkan peluang untuk memintas Barcelona di puncak liga.

“Dua gol berjaya dihasilkan daripada luar kotak penalti dan ini merupakan salah satu kekuatan kami musim ini. Saya gembira dengan tiga mata yang diraih kerana saingan kali ini lebih sukar,” ujar Ancelotti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN